Tuesday, October 31, 2017

Singgah

Dalam hidup ni,
Tak semua yang kita nak akan kita miliki
Kadang-kadang ia hanya singgah untuk memberi pengajaran

Kuatkan hati & terus melangkah

Saturday, October 28, 2017

100 hari

Maaf
Bukan tak mahu pergi tapi
Sakitnya masih terasa
Bukan berdendam tapi
Lain perasaannya bila
Tunjuk muka pada yang tak sudi

Terhegeh-hegeh mengharap kasih
Mengharap sayang
Sedangkan dia terus menerus
Membuang diri ini

Malu
Mengharap pada yang tak pasti
Kerana diri ini masih sayang
Sayang kerana sebuah janji

Janji yang dia takkan menyakitkan
Maka kerana janji itu diri ini mati

Sakitnya masih terasa
Walau sudah lebih 100 hari

Orang lihat diri ini tersenyum
Orang lihat diri ini ketawa

Tapi pernahkah orang lihat
Saat diri ini sendirian
Saat diri ini berdiam diri
Saat diri ini merayu pada Ilahi

Airmata tak habis mengalir
Seperti tiada akhirnya
Diri ini masih belum kuat
Berjuang sendirian
Bangkit dari kejatuhan
Bangkit untuk teruskan hidup

Bukan mudah
Sakit yang teramat

Pernahkah ada yang bertanya pada diri ini
"Adakah diri ini okey?"

Diri ini tersenyum sendiri
Kerana diri ini sendiri
Bersusah payah sendiri untuk teruskan hidup
Yang sudah terasa seperti mati

Andai diri ini tahu akan sakit seperti ini
Maka diri ini sanggup berlalu pergi
Saat dia menyapa salam perkenalan
Lebih rela andai kita tidak saling mengenali

Tulus,
CintaQaseh

Thursday, October 26, 2017

Mimpi

Bermimpi akan suatu mimpi
Bersendirian saat jatuh dan sakit
Didalam hujan yang lebat
Masih sendiri
Berjalan sendiri
Kedengaran batuk semasa berjalan
Didalam hujan yang lebat

Datang seorang Hamba ALLAH SWT
Melindungi diri ini
Menggunakan sehelai jaket
Menutup kepala ini
Dari hujan yang lebat

Mengekori setiap langkah
Menutup kepala ini dari hujan
Sedangkan dia kebasahan dek kerana hujan lebat

Siapakah dia?
Insan berhati mulia
Sedangkan diri ini tidak mengenalinya
Sanggup bersusah demi diri ini
Menemani diri ini agar sampai dengan selamat
Tidak membiarkan diri ini sendirian
Saat hujan lebat

Terima kasih atas semangat itu
Semoga diri ini kembali kuat
Walau hanya sekadar mimpi
Tetap dalam ingatan

Terima kasih

Tulus,
CintaQaseh

Doa

Kuatlah
Andai dia pergi
Sebab mungkin ada orang lain doakan
KAU menjadi jodoh DIA
dalam diam

Sabarlah
Perancangan ALLAH SWT itu yg terbaik

Tulus,
CintaQaseh

Monday, October 23, 2017

Terluka

Saya pernah terluka
Awak hadir dengan satu janji
Janji yang awak takkan pernah lukakan saya

Namun awaklah pemberi luka yang terdalam
Teramat sakit

Bagaimana harus saya lalui semua ini
Bagaimana cara untuk saya hilangkan segala sakit ini

Pernahkah awak rasa sakit yang saya rasa?
Sakit seperti mahu mati

Semoga saya terus diberi kekuatan

Tulus,
CintaQaseh

Sunday, October 22, 2017

Seputih kain putih

Setiap saat
Setiap detik
Berlalu begitu sahaja

Namun dari sudut hati terasa jauh
Terlalu banyak dosa
Terlalu jahil diri ini

Maafkan aku
Maaf atas segalanya
Maaf kerana hanya mengingatiMU
Saat jatuhnya aku
Saat aku sakit

Ampunkan segala dosaku
Semoga perginya aku kelak
Bersih
Seputih kain putih

Tulus,
CintaQaseh

Friday, October 20, 2017

Tangisi

Sudahlah
Cukuplah
Untuk apa ditangisi
Simpanlah airmata
Simpan untuk yang baik-baik

Semoga lebih baik akan menanti

Tolonglah kuat !

Tulus,
CintaQaseh