Saturday, October 28, 2017

100 hari

Maaf
Bukan tak mahu pergi tapi
Sakitnya masih terasa
Bukan berdendam tapi
Lain perasaannya bila
Tunjuk muka pada yang tak sudi

Terhegeh-hegeh mengharap kasih
Mengharap sayang
Sedangkan dia terus menerus
Membuang diri ini

Malu
Mengharap pada yang tak pasti
Kerana diri ini masih sayang
Sayang kerana sebuah janji

Janji yang dia takkan menyakitkan
Maka kerana janji itu diri ini mati

Sakitnya masih terasa
Walau sudah lebih 100 hari

Orang lihat diri ini tersenyum
Orang lihat diri ini ketawa

Tapi pernahkah orang lihat
Saat diri ini sendirian
Saat diri ini berdiam diri
Saat diri ini merayu pada Ilahi

Airmata tak habis mengalir
Seperti tiada akhirnya
Diri ini masih belum kuat
Berjuang sendirian
Bangkit dari kejatuhan
Bangkit untuk teruskan hidup

Bukan mudah
Sakit yang teramat

Pernahkah ada yang bertanya pada diri ini
"Adakah diri ini okey?"

Diri ini tersenyum sendiri
Kerana diri ini sendiri
Bersusah payah sendiri untuk teruskan hidup
Yang sudah terasa seperti mati

Andai diri ini tahu akan sakit seperti ini
Maka diri ini sanggup berlalu pergi
Saat dia menyapa salam perkenalan
Lebih rela andai kita tidak saling mengenali

Tulus,
CintaQaseh

No comments:

Post a Comment