Friday, January 14, 2011

sayang....kasih.....cinta.....memori.......



Sayang….

Tiga tahun berlalu namun luka dihati Idham masih belum terubat. Dek kasih yang terlalu kuat terhadap si dia membuatnya semakin terluka. Luka dulu membuatkan hatinya benar-benar tertutup untuk seorang wanita. Kasih sayang seorang wanita dirasakan tidak perlu lagi. Kata-kata seorang wanita dirasakan pendusta dan tidak boleh dipercayai. Sayang seribu kali sayang. Hari-hari dilalui dirasakan semakin sukar. Kenangan bersama si dia terlalu kuat melekat di ingatannya. Tahun demi tahun, kesakitan yang dialami semakin kurang kerana hadirnya sahabat. Sahabat membuatkannya tersenyum kembali. Merasakan masih ada orang yang menyayanginya. Dunia yang runtuh buatnya dulu kembali hidup semula. Namun, hatinya masih terluka. Luka yang dalam dan sukar diubati. Pedih dan peritnya hanya dia yang tahu. Wanita disekelilingnya hanya dipandang sepi.  Dia tahu ramai wanita memujanya. Dia tahu wanita-wanita tersebut sanggup melakukan apa sahaja untuk dia. Tetapi hatinya tertutup untuk wanita. Tertutup kerana luka yang dibuat oleh wanita sendiri. Dia hanya melayan mereka hanya sebagai sahabat dan tidak lebih dari itu. Tanpa dia sedari bahawa wanita jugalah pengubat sebenarnya. Dia tidak ingat bahawa ALLAH S.W.T telah mencipta kita berpasang-pasangan.  Walau kita sendiri tidak tahu jodoh kita. Sampai masanya nanti, jodoh yang ditentukan akan sampai jua. Suka atau tidak, mahu atau tidak mahu, rela atau terpaksa dia tetap perlu membukakan hatinya untuk wanita, agar wanita tersebut boleh menduduki takhta dihatinya. Akan tetapi dia malas untuk memikirkan soal jodoh dan meneruskan hari-harinya tanpa cinta dan kasih sayang.

Kasih…..

Sudah banyak kali terluka, dan kali ini dia dilukai lagi. Hidup yang dulu ceria baginya kita musnah dan hancur. Kini Tasha merasakan hidupnya bagai disumpah agar tidak bahagia selamanya. Tasha merasakan dirinya tidak layak disayangi. Sudah lelah dia menyayangi lelaki namun kasihnya itu dipandang sepi. Dia terlalu mencintai lelaki tersebut, namun dia ditinggal lagi. Hati yang dulu terluka dek perbuatan lelaki kini terluka lagi. Tasha tidak berhenti mencuba untuk bercinta. Berharap agar hidupnya lebih bermakna dengan hadirnya cinta, namun balasan yang diterima hampa dan perit dirasakan. Tasha memerlukan kasih sayang. Dia terlalu ingin disayangi. Dia terlalu ingin dimanjakan. Dia tidak memandang harta. Baginya, jika harta banyak, namun hidup tidak bahagia juga susah. Baginya cinta dan kasih sayang adalah harta yang sukar didapati. Sekali lagi Tasha mendiamkan diri dan mencari kesalahan dirinya Memang dia bukan yang sempurna tapi dia berhak merasakan kasih sayang. Dia merasakan bahawa lelaki sukar difahami. Baginya dia telah cuba yang terbaik. Tasha ingin menjadi sempurna di mata lelaki tersebut. Namun, kata-kata seorang rakan menyatakan bahawa “kesempurnaan tidak akan menjadi kepercayaan, tetapi kepercayaanlah yang menjadikan kita sempurna”Lelaki tidak suka dikongkong. Dulu dia melakukan kesalahan dan ditinggalkan. Dia tidak mempercayai lelaki.Namun dia cuba untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut. Dan sekali lagi dia ditinggalkan oleh sang lelaki. Namun, lelaki tersebut merasakan dia tidak disayangi kerana Tasha tidak kisah dengan apa yang dilakukan. Bagi Tasha, dia cuma tidak mahu mengongkong hidup lelaki tersebut dan tidak mahu melakukan kesalahnya yang sama. Dulu dia ditinggalkan kerana terlalu mengongkong. Bagi Tasha dia mengongkong kerana dia terlalu sayang dan ambil berat tentang lelaki tersebut. Namun kasih sayangnya tidak dihargai. Kali ini dia cuba untuk tidak mengongkong dan memberi kebebasan untuk lelaki. Akan tetapi dia ditinggalkan lagi. Tasha tidak faham dengan kehendak lelaki. Pedih yang dirasakan semakin sukar untuk diubati. Namun Tasha tidak berhenti mencuba. Walaupun hatinya sakit. Dia tetap bersabar. Puas sudah dia menangis kerana lelaki yang dicintainya.

Cinta…

Seperti sudah ditakdirkan dan kerana cinta, Idham dipertemukan dengan Tasha. Memang hatinya tertutup untuk wanita, tetapi entah mengapa kali ini hatinya seakan terbuka menerima Tasha. Tasha hanya berharap luka dihati tidak akan berdarah kembali. Dua insan yang terluka dek kerana cinta dipertemukan. Dia cuba membuka hati untuk menerima Tasha. Hidup tasha yang terluka semakin terubat. Tasha memerlukan seseorang untuk melupakan lukanya dahulu. Seorang lelaki yang boleh menyayanginya. Tasha tidak minta lebih, apa yang diinginkan hanyalah kasih sayang seorang lelaki. Idham pula, perlu membuka hatinya kerana dia merasakan sudah tiba masanya dia memikirkan tentang hidupnya. Hari-hari yang dilalui Tasha semakin bahagia bersama Idham. Tasha berlalu mempercayai Idham dan memberi kebebasan sepenuhnya kepada Idham. Namun panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Sekali lagi hubungan meraka dilanda badai. Idham menyatakan hasratnya untuk memutuskan hubungan. Sekali lagi hati Tasha bagai dipanah petir. Terlalu sakit dan pedih sehingga menghiris kalbu. Sayang yang diberi tidak bertepi namun dilempar begitu sahaja. Apakah tujuan Idham melakukan sebegitu.. luka di hati Tasha baru terubat sedikit namun sekali lagi lelaki yang paling dia sayang meninggalkannnya. Kata-kata pedih itu terngiang-ngiang di telinga Tasha. Otaknya seakan sudah berhenti berfikir. Lidah sudah kelu untuk berbicara. Kaki seakan tidak boleh bergerak lagi. Tasha cuba bersabar. Dia cuba memujuk Idham agar berbincang. Akhirnya, mereka bersatu kembali. Namun, hubungannya tidak segembira dahulu. Ada sahaja yang tidak kena. Puas Tasha bersabar dan berlembut. Walaupun Idham banyak menyakitinya. Dia tetap tersenyum walaupun hatinya berduka. Dihadapan kawan-kawannya Tasha berlagak kuat. Namun hatinya menangis tak berkesudahan. Suatu hari, Idham ingin berjumpa dengannya. Hanya berdua. Tasha dapat merasakan kelainannya. Idham menyatakan hasratnya ingin putus. Tasha tersenyum. Dia sudah mengagaknya. Air mata jatuh ke pipi. Sekali lagi dan buat sekian kalinya, lelaki yang dicintainya benar-benar ingin meninggalkannya. Idham hanya memandang sepi. Namun senyuman Tasha tadi seakan terkesan dihatinya. Ada kelainan disitu. Kakinya seakan tidak kuat untuk berdiri lagi. Akhirnya, Tasha terjelepok ke lantai, memikirkan nasibnya selalu ditinggalkan. Apa dosa yang telah dilakukan sehingga jadi begini. Dia terlalu ingin kasih sayang seorang lelaki bergelar kekasih disaat-saat terakhir hidupnya. Tasha cuba menguatkan kakinya dan bangun. Tasha berjalan tanpa menoleh kearah Idham lagi. Air mata turun selebat hujan yang turun di malam hari itu. Tasha tidak perasan dengan kehadiran kereta lalu dia dilanggar oleh kereta terbabit. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Nafasnya seakan tidak cukup. Matanya dipejam menahan kesakitan. Namun kesakitan ditinggal kekasih lagi teruk rasanya berbanding luka dia dilanggar kereta. Dari jauh Tasha hanya mendengar suara Idham memanggil namanya. Namun, dia hanya memejamkan mata  dan semakin lama semakin perlahan suara tersebut.

Doktor menyatakan bahawa Tasha menghidap barah hati. Hanya Tasha seorang sahaja mengetahuinya. Dia tidak pernah memberitahu rakan-rakannya malah keluarganya juga tidak tahu. Tasha tidak mahu orang bersimpati dengannya. Keadaan Tasha semakin teruk selepas kemalangan . harapan untuk hidup terlalu tipis. Doktor memberitahu Tasha di dalam keadaan koma tetapi dia masih mampu mendengar. Idham masuk ke bilik ICU untuk melihat tasha. Dilihatnya, seorang wanita terbaring lesu dengan wajah yang pucat. Penuh wayar-wayar yang berselirat dibadannya. Idham mendekati tasha, dilihat Tasha seolah-olah tersenyum. Kelembutan wajah Tasha tidak dapat pada wanita lain. Hatinya tersentuh. Dirinya terasa bodoh melakukan Tasha sebegitu. Dia teringat perbuatan-perbuatannya terhadap Tasha. Setiap perbuatannya, Tasha hanya tersenyum. Dia tidak pernah marah. Setiap hari tasha mengungkapkan kata-kata cinta, namun dia tidak pernah membalasnya. Keegoannya tinggi kerana takut ditingglkan lagi oleh seorang wanita menyebabkan dia sukar untuk menuturkan kata-kata cinta terhadap Tasha . buat kesekalian kalinya, akhirnya Idham mendekatkan bibirnya ke telinga tasha dan menyatakan bahawa dia terlalu mencintai Tasha. Dia tahu tasha mendengarnya. Tiba-tiba dilihatnya, airmata Tasha mengalir. Dada tasha berombak. Idham cepat-cepat memanggil doktor. Doktor berlari untuk melihat keadaan Tasha. Akhirnya, Tasha tidak dapat diselamatkan. Idham terduduk bersandar menyesali perbuatannya terhadap Tasha. Dia tahu tasha benar-benar mencintainya. Dia menyesal kerana tidak sempat membahagiakan Tasha. Senyuman terakhir Tasha melekat kuat di ingatannya.

Memori…

“syg.. nanti kalau saya meninggal kan.. boleh tak saya baring kat peha syg?”kata Tasha

“apa ni cakap bukan-bukan. Tak suka lah. Cuba jadi matang sikit. Sikit-sikit cakap mati”kata Idham kasar.

“saya cuma tanya. Salah ke? Saya cuma nak syg ada disamping saya bila saya meninggal nanti”kata tasha sambil memaut lengan Idham.

“tak suka lah cakap macam tu. Dah lah. Dah tak ada mood nak ckp dengan awak ni.” Kata Idham lagi sambil menolak kasar tangan Tasha.

Tasha hanya tersenyum. Hatinya pedih ditolak dengan kasar oleh Idham. Seolah-olah dia tidak berguna lagi.

Idham berlalu meninggalkan Tasha seorang diri.

Tasha termenung seorang diri. Dia ingin Idham disampingnya bila dia masanya tiba nanti.

“syg.. nanti jaga diri elok-elok ye. Lepas ni mungkin dah tak ada orang nak ambil berat dan kisah pasal syg lg.”kata tasha sambil tersenyum

“saya pandai jaga diri lah. Tak perlu orang lain nak jagakan saya.”kata Idham

“jangan lupa makan. Nanti sakit kalau tak makan. Syg dah lah ada gastrik.” Kata Tasha lagi

“tahulah saya nak hidup”kata idham lagi

“syg jgn bawa motor laju-laju taw. Kalau sakit nanti siapa yang susah. Saya dah tak ada nak jaga syg”ujar tasha.

“saya tahulah. Tak ada awak pun saya boleh hidup lah”jawab Idham.

Tasha hanya tersenyum.

Ingatan yang menerjah diminda membuatkan airmatanya menitis. Penyesalan yang tidak terkira. Wanita itu benar-benar menyayangi dia.

Kata-kata yang terlafas tidak boleh ditarik balik. Tetapi Idham sebenarnya tidak boleh hidup tanpa kasih sayang Tasha. Kasih sayang Tasha yang tidak berbelah bahagi terhadapnya.

Sekali lagi dia menyesal.

Tiba-tiba datang seorang wanita mendekatinya. Wanita tersebut menghulurkan sampul surat kepadanya.

“bacalah.”kata wanita tersebut

“awak ni siapa?”tanya Idham.

“kawan baik Tasha. Semua hal Tasha saya tahu. Tapi saya terkilan. Dia tidak memberitahu saya tentang barah hati yang dihidapinya.”kata wanita terbabit

“tasha ada pesan apa-apa ke?”tanya Idham lagi.

“dia suruh saya menyerahkan surat ini” kata wanita itu

“tapi macam mana awak tahu saya ada disini??”

“tasha selalu cerita, awak dan dia selalu duduk di taman ini setiap petang untuk melihat ketenangan air tasik dan matahari terbenam.”kata wanita tersebut

“saya rindukan tasha”kata Idham sambil tunduk. Dia menangis.

“saya pun. Tasha selalu teringin hendak mendengar kata-kata cinta dan rindu awak padanya. Dia cakap dia akan pergi dengan tenang jika awak cakap yang awak sayangkan dia”kata wanita tersebut.

"tasha…………..”kata Idham sambil menangis

“saya mesti pulang dulu. Nanti ibu saya risau”kata wanita itu.

Dia memandang Idham yang kelihatan tidak terurus lalu berlalu pergi.

Idham membuka sampul tersebut dan membaca

Buatmu tersayang…….

Disaat sayang membaca warkah ini, saya tidak lagi disisi sayang seperti yang sayang harapkan.. moga sayang bahagia selalu.

Sayang...
Ku tahu kau pernah terluka..
Luka yang dalam dan sukar dilupakan..

Sayang..
Ku hadir dalam hidupmu..
Untuk memancar sebuah sinar kebahagiaan..

Sayang...
Ku tahu kau belum bersedia menerimaku..
Namun, aku kan tetap disisimu..
Sabar menanti walau dirimu..
Semakin jauh ku rasakan..

Sayang...
Aku berharap kau sudi menyambut cintaku ini..
Membalas rasa hati ini..
Terimalah aku seadanya...
Aku tidak sempurna dan mungkin..
Bukan seperti yang kau inginkan

Sayang..
Aku akan cuba yang terbaik dan sentiasa..
ingin mengembirakanmu..
Walaupun ku rasakan aku bertepuk sebelah tangan..
Namun aku kan setia menanti hingga akhir hayatku..
Aku sayang kamu sampai bila-bila sayangku...

Sayang..
Puisi yang ku layangkan ini..
moga kau mengerti dan..
mengingatiku sentiasa..
kerana walau dimana aku berada..
kau tetap dalam ingatanku..

Sayang..
Setiap degupan yang kurasakan..
Seakan-akan memanggil namamu..
supaya sentiasa disampingku..
menemaniku dikala aku memerlukanmu.....

Sayang....
dengarkanlah suara hatiku ini..
Aku terlalu mencintaimu sayang...
Hingga Akhir Hayatku....


p/s: saya berharap sayang dapat wanita yang lebih baik daripada sayang. Yang dapat menyayangi sayang lebih daripada saya menyayangi sayang. Yang dapat menjaga sayang lebih daripada saya menjaga sayang.Walaupun hati saya terluka namun sayanglah cinta saya. Saya terlalu mencintai sayang. Walaupun puas saya berharap agar sayang tidak meninggalkan saya. Sayang tetap mahu pergi.
Puisi ini saya reka khas untuk sayang. Diharap sayang bahagia sentiasa. Satu yang saya ingin ingatkan. Saya tidak akan meninggalkan sayang dan sentiasa disisi sayang. Carilah orang yang benar-benar mencintai sayang dan menerima sayang seadanya sebagaimana saya menerima sayang seadanya sayang. 

Yang terlalu mencintaimu,
Tasha…….

No comments:

Post a Comment