Thursday, September 14, 2017

Bait-bait kata

Masih segar diingatanku
Bagaimana permulaan kata darimu

Bersungguh untuk mengenali aku
Setiap hari tanpa jemu

Malah aku pernah dilabel "sombong"
Hanya kerana tidak membalas bait kata darimu

Sukar untuk aku membuka hati ini
Terlalu sukar kerana luka lalu

Namun kerana kesungguhanmu
Janji yang kau takkan melukakan

Maka aku cuba buka hati untukmu
Menyayangimu sepenuh hati

Segala bait kata manismu
Sentiasa dalam kenangan

Sehingga aku pernah melabelmu "sweet talker'
Namun balasmu itu bukan hanya kata manis tapi janji yang kau akan tunaikan

Aku berharapkan itu
Kebahagiaan untuk kita

Aku belajar untuk terimamu apa adanya
Baik buruk susah senang bersama

Sedikit pun aku tidak mengungkit
Malah berkongsi bersama

Semuanya hancur berderai berkecai
Jatuh aku menyembah bumi

Tak mampu untuk bangkit
Aku tak kuat untuk menghadapi semua ini

Janji kau takkan melukakan
Namun kau pemberi luka yang terlalu dalam

Terlalu dalam sehingga aku tidak mampu untuk hidup
Terlalu sakit

Aku lihat kau bersahaja
Meninggalkan aku tanpa sedikit kesedihan

Sedangkan aku berusaha untuk hidup
Setelah jiwa aku telah mati

Hati aku telah diragut oleh kamu
Ya kamu.. orang yang telah berjanji takkan melukakan

Kamu telah mengheret aku hingga ke tahap ini
Tahap yang sangat serius

Namun kamu memilih untuk meninggalkan
Setelah puas aku merayu hingga sanggup melulut padamu

Kamu tetap pergi tanpa sedikit belas kasihan
Pada aku yang tidak sempurna

No comments:

Post a Comment