Hari ini sepatutnya hari yang sibuk untuk aku
Segalanya perlu diuruskan
Segalanya telah diatur
Hari yang membahagiakan
Pelamin
Hantaran
Semua telah sedia
Bersama orang yang paling aku sayang
Segalanya buat aku
Tarikh keramat ini akan ku ingat sampai bila-bila
Tarikh yang akan ku kenang
Memori manis bakal terlakar
Namun
Perjalanan terhenti disini
Hari ini hari duka buatku
Segalanya hancur
Seperti hancurnya sekeping hati
Berderaian setia
Terbang segala kasih sayang
Dia pergi meninggalkan aku
Meninggalkan segala apa yang telah dirancang
Sakitku
Sakit seperti mahu mati
Apa salahku?
Segala telah tersedia
Segala telah diatur
Mudahnya hati berubah
Mudahnya membuat keputusan untuk meninggalkan
Setelah hati aku segalanya untukmu
Cinta aku sepenuhnya milikmu
Setiaku buatmu seorang
Puas aku menangis
Air mataku cukup untuk menampung selautan
Kerana aku sayang
Maka aku lepaskan kau pergi
Jika ternyata kau jodohku
Maka datanglah kepadaku kembali
Sakit.. Terlalu sakit
Hingga mahu mati
Kenapa aku yang harus menjalani semua ini
Mengapa aku yang harus rasa sakit seperti ini 😢
No comments:
Post a Comment