Aku sukar mentafsir hati sendiri
Aku tutup serapatnya hati ini
Kerana takut dikecewakan
Bukan sekali malah berkali
Ditikam
Jatuh
Menyembah bumi
Sakitnya bukan kepalang
Sakit hingga tak mampu teruskan hidup
Kerana sebuah janji
Janji untuk setia hingga akhir hayat
Janji untuk tidak meninggalkan
Janji bahawa dia yang terakhir
Maka aku buka lagi hati ini
Untuk kesekian kalinya
Hanya buat dia
Setiaku hanya pada dia
Cintaku sepenuhnya buat dia
Sayangku pada dia lebih dari segalanya
Aku terima segala kekurangan
Kerana aku tahu tiada yang sempurna
Aku juga tidak sempurna
Aku hanya manusia biasa
Aku ada hati dan perasaan
Kerana sebuah kehilangan
Mengapa aku turut merasakannya
Aku turut bersedih
Aku turut sakit
Aku turut sakit
Aku sanggup menjadi kekuatan buatmu
Aku rela memegang erat tanganmu melalui hari-hari yang sukar
Tidak sekali aku berpaling
Namun aku tetap dibuang ketepi
Segala janji yang kau ungkapkan terbang pergi begitu sahaja
Aku mati
Jiwa aku kosong
Betapa susah untukku membuka hati ini
Aku buka demi janji kau yang terakhir
Namun kau tetap meninggalkan
Aku tetap menunggumu
No comments:
Post a Comment