Tuesday, October 31, 2017

Singgah

Dalam hidup ni,
Tak semua yang kita nak akan kita miliki
Kadang-kadang ia hanya singgah untuk memberi pengajaran

Kuatkan hati & terus melangkah

Saturday, October 28, 2017

100 hari

Maaf
Bukan tak mahu pergi tapi
Sakitnya masih terasa
Bukan berdendam tapi
Lain perasaannya bila
Tunjuk muka pada yang tak sudi

Terhegeh-hegeh mengharap kasih
Mengharap sayang
Sedangkan dia terus menerus
Membuang diri ini

Malu
Mengharap pada yang tak pasti
Kerana diri ini masih sayang
Sayang kerana sebuah janji

Janji yang dia takkan menyakitkan
Maka kerana janji itu diri ini mati

Sakitnya masih terasa
Walau sudah lebih 100 hari

Orang lihat diri ini tersenyum
Orang lihat diri ini ketawa

Tapi pernahkah orang lihat
Saat diri ini sendirian
Saat diri ini berdiam diri
Saat diri ini merayu pada Ilahi

Airmata tak habis mengalir
Seperti tiada akhirnya
Diri ini masih belum kuat
Berjuang sendirian
Bangkit dari kejatuhan
Bangkit untuk teruskan hidup

Bukan mudah
Sakit yang teramat

Pernahkah ada yang bertanya pada diri ini
"Adakah diri ini okey?"

Diri ini tersenyum sendiri
Kerana diri ini sendiri
Bersusah payah sendiri untuk teruskan hidup
Yang sudah terasa seperti mati

Andai diri ini tahu akan sakit seperti ini
Maka diri ini sanggup berlalu pergi
Saat dia menyapa salam perkenalan
Lebih rela andai kita tidak saling mengenali

Tulus,
CintaQaseh

Thursday, October 26, 2017

Mimpi

Bermimpi akan suatu mimpi
Bersendirian saat jatuh dan sakit
Didalam hujan yang lebat
Masih sendiri
Berjalan sendiri
Kedengaran batuk semasa berjalan
Didalam hujan yang lebat

Datang seorang Hamba ALLAH SWT
Melindungi diri ini
Menggunakan sehelai jaket
Menutup kepala ini
Dari hujan yang lebat

Mengekori setiap langkah
Menutup kepala ini dari hujan
Sedangkan dia kebasahan dek kerana hujan lebat

Siapakah dia?
Insan berhati mulia
Sedangkan diri ini tidak mengenalinya
Sanggup bersusah demi diri ini
Menemani diri ini agar sampai dengan selamat
Tidak membiarkan diri ini sendirian
Saat hujan lebat

Terima kasih atas semangat itu
Semoga diri ini kembali kuat
Walau hanya sekadar mimpi
Tetap dalam ingatan

Terima kasih

Tulus,
CintaQaseh

Doa

Kuatlah
Andai dia pergi
Sebab mungkin ada orang lain doakan
KAU menjadi jodoh DIA
dalam diam

Sabarlah
Perancangan ALLAH SWT itu yg terbaik

Tulus,
CintaQaseh

Monday, October 23, 2017

Terluka

Saya pernah terluka
Awak hadir dengan satu janji
Janji yang awak takkan pernah lukakan saya

Namun awaklah pemberi luka yang terdalam
Teramat sakit

Bagaimana harus saya lalui semua ini
Bagaimana cara untuk saya hilangkan segala sakit ini

Pernahkah awak rasa sakit yang saya rasa?
Sakit seperti mahu mati

Semoga saya terus diberi kekuatan

Tulus,
CintaQaseh

Sunday, October 22, 2017

Seputih kain putih

Setiap saat
Setiap detik
Berlalu begitu sahaja

Namun dari sudut hati terasa jauh
Terlalu banyak dosa
Terlalu jahil diri ini

Maafkan aku
Maaf atas segalanya
Maaf kerana hanya mengingatiMU
Saat jatuhnya aku
Saat aku sakit

Ampunkan segala dosaku
Semoga perginya aku kelak
Bersih
Seputih kain putih

Tulus,
CintaQaseh

Friday, October 20, 2017

Tangisi

Sudahlah
Cukuplah
Untuk apa ditangisi
Simpanlah airmata
Simpan untuk yang baik-baik

Semoga lebih baik akan menanti

Tolonglah kuat !

Tulus,
CintaQaseh

Thursday, September 14, 2017

Bait-bait kata

Masih segar diingatanku
Bagaimana permulaan kata darimu

Bersungguh untuk mengenali aku
Setiap hari tanpa jemu

Malah aku pernah dilabel "sombong"
Hanya kerana tidak membalas bait kata darimu

Sukar untuk aku membuka hati ini
Terlalu sukar kerana luka lalu

Namun kerana kesungguhanmu
Janji yang kau takkan melukakan

Maka aku cuba buka hati untukmu
Menyayangimu sepenuh hati

Segala bait kata manismu
Sentiasa dalam kenangan

Sehingga aku pernah melabelmu "sweet talker'
Namun balasmu itu bukan hanya kata manis tapi janji yang kau akan tunaikan

Aku berharapkan itu
Kebahagiaan untuk kita

Aku belajar untuk terimamu apa adanya
Baik buruk susah senang bersama

Sedikit pun aku tidak mengungkit
Malah berkongsi bersama

Semuanya hancur berderai berkecai
Jatuh aku menyembah bumi

Tak mampu untuk bangkit
Aku tak kuat untuk menghadapi semua ini

Janji kau takkan melukakan
Namun kau pemberi luka yang terlalu dalam

Terlalu dalam sehingga aku tidak mampu untuk hidup
Terlalu sakit

Aku lihat kau bersahaja
Meninggalkan aku tanpa sedikit kesedihan

Sedangkan aku berusaha untuk hidup
Setelah jiwa aku telah mati

Hati aku telah diragut oleh kamu
Ya kamu.. orang yang telah berjanji takkan melukakan

Kamu telah mengheret aku hingga ke tahap ini
Tahap yang sangat serius

Namun kamu memilih untuk meninggalkan
Setelah puas aku merayu hingga sanggup melulut padamu

Kamu tetap pergi tanpa sedikit belas kasihan
Pada aku yang tidak sempurna

Wednesday, September 13, 2017

Bidadari Syurga

Izinkan aku untuk menjadi Bidadari di Syurga-Mu Ya Allah

Dari segala kehancuran ini
Moga aku bangkit dan sentiasa diberi kekuatan

Kekuatan dan semangat untuk menyembah-MU
Hanya pada-MU Ya Allah

Kekuatan untuk berubah menjadi lebih baik
Lebih baik untuk berada dan menjadi bidadari di syurga-Mu Ya Allah

Syurga yang sentiasa diinginkan dan dirindukan

Semoga aku adalah diantara mereka yang berada di syurga-Mu Ya Allah

Aamin Ya Rabbal Alamin...

Beri Aku Kekuatan

Allah
Allah
Allah
Ya Allah

Allah
Ya Allah
Allah
Ya Allah
Allah 
Ya Allah
Allah
Ya Allah

Sayu hati tatkala menyebut nama-MU Ya Allah
Terlalu banyak dosa hamba-Mu ini

Maafkan hamba-Mu ini Ya Allah
Ampunkan segala dosa-dosaku Ya Allah

Segala kekuatan hanya dari-Mu Ya Allah
Berilah aku kekuatan untuk bangkit

Bangkit dari segala rasa sakit ini

Friday, August 25, 2017

Adik | Abg Lang

Semalam kenduri tahlil untuk Abg Lang | Safwan
Maafkan akak sebab tak dapat pergi
Akak doakan Abg Lang dari rumah 
Akak sentiasa doakan Safwan

Setiap hari akak akan bacakan yassin untuk Abg Lang
Doakan Abg Lang

Walaupun kita tak pernah bersua
Akak juga sakit dan sedih bila kehilangan Safwan
Akak tahu Abg Lang orang yang baik-baik
Sebab tu Allah SWT ambil Abg Lang pergi

Maafkan akak atas segalanya
Akak buatkan yassin atas nama Safwan
Semoga bila orang baca yassin tu, Abg Lang akan mendapat pahala yang tak putus-putus

Akak tak ada niat lain
Akak ikhlas buat itu demi Safwan
Biarlah orang nak cakap apa
Allah SWT tahu niat dihati akak

Kenapa Abg Lang pergi terlalu awal?
Akak masih belum mengenalmu 
Kadang akak fikir biarlah akak yang pergi
Biarlah akak yang ganti tempat Safwan
Daripada akak terpaksa merasa kehilangan
Terlalu sakit buat akak
Maafkan akak

Semoga Abg Lang | Safwan sentiasa dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman

Aamiin 

p/s : Akak dapat buat semua itu atas bantuan Adik | Mira.. Semoga Allah SWT membalas jasa adik







Sakit yang mendalam

Sakitnya seperti ditikam
Pedang masih disitu

Tak mampu dikeluarkan lagi

Ditarik keluar mati
Dibiarkan juga mati

Sakit seperti mahu mati






Sambutlah kasih




Awak
Ingat tak ini lagu pertama yang awak bagi dekat saya

Masa tu awak bersungguh-sungguh nak saya buka hati untuk awak

Awak cakap awak nak saya sambut tangan awak

Awak janji awak akan sembuhkan luka kat hati saya

Awak janji awak takkan tinggalkan saya

Awak janji awak takkan jadi macam yang lain-melukakan

Awak bersungguh-sungguh cakap awak serius dengan saya

Awak cakap awak takkan kahwin dengan orang lain selain saya

Hari-hari ada kata-kata manis dari awak

Bila awak bersungguh dan serius sampai jumpa keluarga saya

Saya yakin awak orangnya - jodoh saya

Awak kekuatan saya
Awak semangat saya

Awak beri saya harapan
Harapan yang paling besar dalam hidup saya

Tapi kenapa terlalu mudah awak berubah

Semua kebaikan dan keburukan awak saya terima seadanya
Saya simpan sendiri

Tapi satu keburukan saya
Awak memilih untuk meninggalkan saya
Melupakan segala kebaikan yang telah saya buat

Saya tahu saya tak sempurna
Saya banyak buat salah
Saya manusia biasa

Susah saya nak teruskan hidup
Hari-hari berteman airmata
Sakit yang amat mendalam

Sukar difahami orang lain
Hanya saya yang merasa
Hanya Allah SWT tahu rintihan saya

Wednesday, August 16, 2017

Aku Sanggup

Berhari- hari
Meniti hari
Sukar
Terlalu sukar

Sakit kian mendalam
Aku perlu kamu

Hari yang aku jalani
Tak seperti dulu
Setiap saat hanya kau dalam ingatan

Perit
Menikam-nikam

Menangis
Usah dikata
Menangis dalam diam
Sakit

Tiada siapa yang tahu


Sunday, August 13, 2017

Langkah

Langkah demi langkah
Hari demi hari
Harus aku atur

Walau sakit
Walau payah
Harus aku teruskan

Sakit
Seperti mahu mati
Jatuh
Menyembah bumi

Kini aku perlu
Merangkak
Bertatih

Untuk bangun kembali
Sukar
Payah

Harusku lalui

Saturday, August 12, 2017

Hari Bahagia Hari Berduka

Hari ini sepatutnya hari yang sibuk untuk aku
Segalanya perlu diuruskan
Segalanya telah diatur

Hari yang membahagiakan
Pelamin
Hantaran
Semua telah sedia

Bersama orang yang paling aku sayang
Segalanya buat aku

Tarikh keramat ini akan ku ingat sampai bila-bila
Tarikh yang akan ku kenang
Memori manis bakal terlakar

Namun
Perjalanan terhenti disini
Hari ini hari duka buatku
Segalanya hancur
Seperti hancurnya sekeping hati
Berderaian setia
Terbang segala kasih sayang

Dia pergi meninggalkan aku
Meninggalkan segala apa yang telah dirancang
Sakitku
Sakit seperti mahu mati
Apa salahku?

Segala telah tersedia
Segala telah diatur
Mudahnya hati berubah
Mudahnya membuat keputusan untuk meninggalkan
Setelah hati aku segalanya untukmu
Cinta aku sepenuhnya milikmu
Setiaku buatmu seorang

Puas aku menangis
Air mataku cukup untuk menampung selautan
Kerana aku sayang
Maka aku lepaskan kau pergi
Jika ternyata kau jodohku
Maka datanglah kepadaku kembali

Sakit.. Terlalu sakit
Hingga mahu mati
Kenapa aku yang harus menjalani semua ini
Mengapa aku yang harus rasa sakit seperti ini 😢

Thursday, August 10, 2017

Kata-Kata

Hari-hari yang aku lalui suram
Pilu
Hiba
Menangis setiap hari

Mengapa aku begitu lemah
Aku rasa bukan aku sahaja saperti ini
Semua yang berada ditempatku
Pasti merasakan sakitnya

Terlalu dalam
Sukar untuk diubati

Namun banyak kata-kata
Kata-kata mereka
Masih terawang

" Kamu anak yang baik
                                     -Emak " 

" Akak susah hati fikir pasal awak.. Akak tak ada adik.. Awak pun akak dah anggap macam adik sendiri
                                                           -Kak Atie "

" Awak.. Okey tak?
                                                                   -Kak Ina " 
 
" Syurga tu mahal.. Tak dapat masuk tanpa ujian..
                                               -Mad "

" Akak baik, baik sangat
                                             -Mira "

" Awak baik orangnya
                                                -Rizz " 

Terima kasih atas segala kata-kata dan keprihatinan
Aku masih tak kuat

Masih berfikir-fikir
Jika aku baik.....
Kenapa aku diduga ?
Kenapa aku yang dipilih ?
Kenapa aku yang ditinggalkan ?

Ya Allah

Aku tak kuat ! 
 
 
 

Aku Ingat Aku Kuat

Hari ini
Kali ini
Sekali lagi
Airmata jatuh lagi

Aku tak kuat
Aku ingat aku sudah kuat

Kuat untuk teruskan hidup
Kuat untuk melupakan

Tetapi tidak
Sakit kian mencengkam
Terasa pisau tertusuk didada
Dalam

Seperti tiada sembuhnya
Masih kekal disitu
Pisau yang tertusuk

Bagaimana aku ingin mengeluarkannya
Semakin hari semakin sakit

Tolong aku

Wednesday, August 9, 2017

Mata

Senyumku hanya drama dunia
Untuk menutup segala rasa hati

Mana mungkin orang memahami
Kerana lukaku sedalam yang tidak engkau sangkakan

Pahit untuk ditelan
Hilang segala nyawa

Hingga aku tidak mengerti apa itu hidup

Lihat kedalam mata
Mata tidak menipu rasa dalam hati

Sarat menanggung kepiluan
Hiba
Pilu
Hanya dia yang tahu


Tuesday, August 8, 2017

Janji

Aku sukar mentafsir hati sendiri
Aku tutup serapatnya hati ini
Kerana takut dikecewakan

Bukan sekali malah berkali
Ditikam
Jatuh
Menyembah bumi

Sakitnya bukan kepalang
Sakit hingga tak mampu teruskan hidup

Kerana sebuah janji
Janji untuk setia hingga akhir hayat
Janji untuk tidak meninggalkan
Janji bahawa dia yang terakhir

Maka aku buka lagi hati ini
Untuk kesekian kalinya
Hanya buat dia

Setiaku hanya pada dia
Cintaku sepenuhnya buat dia
Sayangku pada dia lebih dari segalanya

Aku terima segala kekurangan
Kerana aku tahu tiada yang sempurna
Aku juga tidak sempurna
Aku hanya manusia biasa

Aku ada hati dan perasaan

Kerana sebuah kehilangan
Mengapa aku turut merasakannya
Aku turut bersedih
Aku turut sakit
Aku sanggup menjadi kekuatan buatmu
Aku rela memegang erat tanganmu melalui hari-hari yang sukar
Tidak sekali aku berpaling

Namun aku tetap dibuang ketepi
Segala janji yang kau ungkapkan terbang pergi begitu sahaja
Aku mati
Jiwa aku kosong

Betapa susah untukku membuka hati ini
Aku buka demi janji kau yang terakhir
Namun kau tetap meninggalkan

Aku tetap menunggumu

Jalan

Jalan yang aku lalui kini tidak seperti dulu
Hari-hari yang menyakitkan
Hari-hari yang menyedihkan

Seperti tidak mahu hidup lagi
Kerana terlalu lelah
Terlalu penat

Sakit 
Segalanya berubah 360 darjah
Aku hilang semangat hidup

Tersungkur menyembah bumi
Tiada yang memahami
Kerana tidak merasakan apa yang aku rasa

Susah
Bangkit sendiri
Kekuatan tiada lagi

Aku tak mampu lagi mendengar radio
Kerana segalanya mengingatkan aku pada kamu
Aku tak mampu lagi melalui jalan yang sama, tempat yang sama
Kerana aku lihat kamu dimana-mana 

Monday, August 7, 2017

L.U.K.A

Menulis saat terluka

Sama seperti kamu

Terlibat dengan dunia yang melukakan

Sedangkan luka lama masih berdarah

Parut itu masih ada

Entah mengapa masih terus terluka

Siapakah yang boleh memahami

Kerana lukaku mungkin tidak sedalam lukamu

Atau lukaku sedalam yang tak mungkin engkau bayangkan

Mana mungkin engkau memahami andai engkau yang memberi luka itu

SAKIT

Setelah bertahun lamanya aku meninggalkan dunia ini..
Meninggalkan segalanya.. 
Melupakan segalanya.. 
Kerana segalanya mengingatkan ku kepada perkataan S.A.K.I.T.. 
Aku pergi kerana S.A.K.I.T.. 
Dan kembalinya aku kerana S.A.K.I.T.. 
S.A.K.I.T yang teramat hingga aku rasa tidak mampu untuk hidup lagi.. 
Lama aku menutup rasa ini, jauh dari diri ini.. 
Lama aku biarkan ia sepi.. 
Aku biarkan tanpa bertuan.. 
Tiada yang memahami kecuali yang merasakan.. 
Dan yang merasakan semakin kejam dengan membiarkan yang lain turut merasakan S.A.K.I.T itu.. 
Mengapa begitu kejam sedangkan engakau pernah merasakan S.A.K.I.T yang sama.. 
Ditikam berkali hingga tak mampu untuk hidup lagi.. 
Aku pendosa.. 
Berniat untuk menghabiskan nyawa aku sendiri kerana aku tak kuat.. 
Kuat menghadapi semua ini.. 
Ampunkan aku Ya Allah.. 
Berikan Kekuatan kepada ku Ya Allah..